Salam perkenalan daripada saya...
Saya PASTI 99.99% daripada anda sebagai rakyat Malaysia pastinya biasa melihat wang kertas RM10 .
Ia juga biasa dipanggil atau dikenali sebagai note RM10 atau denomasi RM10
Dalam zaman ekonomi yang kelihatan tenat terutama di Tahun 2019 ini , tidak banyak yang boleh dilakukan dengan RM10 ini
Ada antara teman saya yang menyamakan RM10 ini , nilainya macam RM1 , 7-8 tahun dahulu
Maksudnya , nilainya terlalu kecil dan tak banyak perkara boleh dilakukan dengan RM10 pada masa kini
Buktinya , anda akan begitu sukar untuk mengeluarkan RM10 daripada mesin ATM di bank
Selalunya gandaan atau denominasi RM50 atau RM100 sahaja disediakan
Begitulah kecilnya nilai RM10 pada zaman ini